Thursday, April 24, 2014

Bekas

Dah nama pun bekas kan,
Buat apa mahu diungkit lagi,
Buat apa harus disebut dan diingati?

Bekas.
Walaupun sekejap mana, ataupun selama mana, jika kisah telah tamat,
Bekas tetap bekas.

Yang tinggal hanya duka, luka dan kepahitan.
Serta kenangan.

Kita sendiri tau,
Setiap bait bait sejarah yang ditinggalkan sudah tidak lagi bermakna.
Yang jadi masalah bila sejarah itu mulai menghantui kita.
Kita seperti orang bodoh yang takut menghadapi perasaan sendiri disebabkan bekas yang ditinggalkan.
Kita begitu takut untuk memberi peluang kepada semua orang untuk mengenali diri kita sendiri, biarpun keluarga sendiri.
Kita begitu takut untuk mendekati seseorang punca dari negativity.

Bila bercerita tentang bekas,
Cliche orang akan fikir aku bercerita tentang cinta, ya ada benarnya.
Tapi bekas yang ditinggalkan oleh cinta tidak terlawan dengan bekas yang ditinggalkan oleh persahabatan.

Bagi aku, kedua dua nya amat perit.
Sampai satu tahap, aku tidak mahu lagi ada sesiapa. Tak mahu sakitkan hati sendiri. Tak mahu korbankan segala demi sesiapa. Tak mahu ambil tahu apa apa...

Tapi kan, aku juga manusia.
Punya hati dan perasaan. Punya akal fikiran. Ada mahuku.

Mahu disayangi, dibelai dan diberi perhatian.
Semua orang pun begitu kan?

Kepada bekas kawan, terima kasih atas segalanya, kau mengajarku definisi utama perkataan hipokrit, kau mengajarku tentang bagaimana mempergunakan kebaikan orang untuk kepentingan sendiri dan kau juga membuat aku sedar betapa murahnya harga sesebuah persahabatan.

Kepada bekas kekasih, ahhh, pergi kau jauh jauh.

Kepada kedua duanya, jangan cari aku, aku telah mati dari hidup kamu.

Jangan sebut lagi tentang bekas dgnku.
Dah pergi.

Sila jangan kembali.
Kalau tidak, aku mati.


No comments: