Saturday, June 28, 2014

Ramadhan 2014

Setahun yang lalu, sekitar waktu ini.
kita berkenalan.

Tempoh perkenalan kita singkat, tetapi amat terkesan di hati.
Sampai sekarang. Sampai saat ini. 
Aku bersyukur kerana masih lagi ada kau sebagai teman berkongsi cerita.

Setahun lepas.
Memori ramadhan dengan mu sangatlah awesome.

Sama sama kejut bangun sahur. 
Balik kerja, jalan pergi bazaar bersama.
Beli makanan yang tak menepati selera berbuka, tapi tetap telan dan habiskan.
Masak untuk berbuka.
Goreng cempedak sebijik, makan sampai bosan.
Anna punya kerang masak kicap. 
Pergi uptown ramai ramai.
Sungkey sama sama diluar.

And. 
Kena paksa makan kurma. 

Di pertengahan ramadhan, kau terpaksa pulang ke negeri tanah tumpahnya darahmu.
Saat itu, saat paling banyak nostalgia.
Habis sebak. 
Sebab taktau bila lagi kita akan berjumpa.
Sebab takut dah takkan dapat jumpa.
Sebab risau kau lupa persahabatan kita.
Sebab sedih kalau aku tak bahagia tanpa kau.

Tapi kau pernah kata.
Bahagia itu terletak kepada diri sendiri. 
Jangan bergantung kepada siapa siapa untuk bahagia.
Lebih kurang macam tu kan?

Semua tu jadi penguat semangat. Sampai sekarang. 

Tahun ini.
Dah pandai makan kurma. 
Dah tak bergantung pada orang lain untuk bahagia. 

All thanks to you.
I miss you, desyntha.


No comments: