Monday, March 17, 2014

Fikir dan Fikir lagi


kau cemburu.

kau mengeluh tak ada duit
kau tengok mereka seronok jalan jalan ronda seluruh dunia.
tapi kau duduk diam diam kat rumah lepak baring tidur makan dan tidur kembali.

kau mengadu susah nak dapat kerja
kau perhati yang kawan kawan sekelas semua dah ada advancement dalam kerjaya
ada yang dah interview, paling hebat, dah bekerja.
sedangkan kau, email respon dari mana mana pon tak ada berita.

kau sedih bila kawan kawan sebaya kau, dah berumahtangga.
sedangkan, aku tau, hati kau merintih mengenang nasib hidup solo tanpa siapa siapa

hidup kau tak teruk, percayalah. 

ada seorang kawan, aku respect kawan tu sejak aku matriks lagi. 
okay jujurnya, aku menaruh minat pada dia.
tapi itu semua sebelah pihak.
kawan tu tau perasaan aku, tapi dah dirijek elok elok.
masa aku belajar di arau, dia mendirikan rumahtangga.
dengan perempuan yang baru beberapa bulan dia kenal.
aku? 
masa tu aku ada yang punya, ada hati yang nak dijaga.
jadi aku play cool and buat buat macho je la. doakan kebahagiaan mereka.

tapi bila dah diikat, aku dengar mereka mau bercerai.
atas sebab apa? masa tu, aku sendiri pun tak pasti.

dan satu hari, kawan itu menyapaku di Facebook 
dan malam itu, kami berbicara di telefon
dia bercerita, tentang dia.

dia mempunyai hidup yang begitu sempurna bagiku.
dilahirkan dalam keluarga yang berada
mempunyai kerja yang stabil
dan yang paling aku suka tentang dia, dia sangat berbakat.
pandai main instrument.
suara yang sangat kachak.
full package, kata orang

jadi dimana dia sekarang?

tiada kerja tetap
rumahtangganya ranap 
simpanannya hangus
ditipu oleh isteri sendiri
manusia yang dia panggil kawan, serta merta lesap
dia menunggu untuk kes nya selesai di mahkamah.
dia merintih padaku
dia tidak punya duit untuk menggaji peguam.
jika kalah dalam kes ni, dia perlu masuk lokap.
sayu hati. mendengar rintihan nya
mau menolong, diri sendiri pun tak tertolong. 

yang boleh ku ungkapkan padanya,
"sabar. aku ada.."

begitu peritnya hidup dia sekarang
kais pagi makan pagi
kais petang makan petang

aku tak salahkan dia karna salah membuat keputusan
aku tak salahkan dia karna cepat percaya manusia
banjingan!

ini lah realiti hidup
manusia takkan terlepas dari membuat kesilapan
yang penting, kau sedar 
bila kau jatuh, mohon kau angkat diri sendiri tanpa harap siapa siapa
kuatkan diri

dan yang diluar sana.
yang tak ada kerja
yang tak ada duit
yang tak ada pasangan

kau fikir kau susah?

ada orang lagi susah dari kau. ingat tu.

3 comments:

zarahana said...

Salam,
Tersentuh rasa ketika membacanya.
Mendengar cerita orang lain sedikit sebanyak membuka mata kita.

Semoga memberi inspirasi kepada diri ini.

Terima kasih

Unknown said...

Kasih diterima dan diberi lagi kasih kerana sudi membaca coretan yang tak seberapa ini.


Kisah manusia, pabila kita yang mendengarnya pun dah terasa perit, yang mengalami nya dah tentu terasa lagi perit, setuju?

Ambil pengajaran dan kuatkan diri.

Jaga diri, sayang. =)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.