Tuesday, May 3, 2011

apeee pon tak bolehh!!


ini la dia kerja aku masa setadi week. seblah kanan laptop, sebelah kiri bukuu~ notes bersepah sepah. mana taknye, paper hari berturut turut. skali dua lah subject kena baca kan.
tapi itu aku tak kesah.

yang aku nak cerita kat sini kan.
tanggal 30 mei 2011, semua budak budak diploma dah pulang ke pangkuan keluarga mereka yang tercinta. tapii laen pula nasib aku dan beberapa kawan kawan sedegree dengan aku. kami belum habes paper. niat di hati memang nakkkkk sangaattttt balek. tapi apakan daya... 
disebabkan oleh pemergian budak budak diploma dari kolej ini, hafa (nama cafe kat kolej kami) telah pun membuat keputusan untuk tidak lagi berniaga selepas 1 may 2011. habes? kami yang tertinggal kat sini macam mana? dahla 8 hari lagi ada kat sini kan? sedih memang lah sedih. tambah tambah bab bab makan ni. hancur hatikuu mengenangkan punca makanan kami dah takde. tapi takpe, life must go on. banyak lagi paper yang harusku tempuh. 

pada hari isnin, iaitu pada 2 may 2011, inilah makanan tengahari kamiii~

 
megi lemas dengan oat cokelat. tak sedap! jangan cuba!



betul tak sedap! kalao nak ikot taste aku memang aku taknak dah makan cenggini. tapi nak buat macam manaa. perot kena lah bela..nanti dia merajok,aku juga yang susah kan? 
tapi disebabkan memang dah tak tahan lagi menahan lapar, petang tu kami makan kat luaaa...
perjalanan mengambil amsa lebih kurang 30 minit untuk pergi ke kedai makan and 30 minit untuk balek ke kolej. aduhai. jauhnyye berjalannn. 
tapi masa kat kedai makan, aku bantai order semua. macam macam.. lagi lama kami stay situ, lagi banyak aku order, so mereka pon ajak balek. tapi on the way balik tu jumpa kedai runcit. kami pon singgah. keluar keluar kedai je aku dah terbeli aiskrim. hahaha. makan lagi.! 
puas aku makan harini!

malam tu kami digegarkan dengan cerita ada lelaki masok bilik salah seorang daripada member aku. kes tu berlaku masa kami keluar makan tadi. tau tau je balek balek masa kami tengah kat lobi, kami kena interview dengan pakcik pengawal keselamatan uitm.
takot?? tak mungkin kami tak takot tambah tambah kami duduk ground floor and dekat aras tuh, aku n masya je yang ada kat bilik. orang laen dah balek dah. huishhh. meremang bulu rome i nokkk. 

so macam biasa lah. aku n masya ajak lagi zila n ayu tidur kat bilik kami. bukannya apa, tapi risau lagi. lagipon boleh stadi sama sama kan? so malam tu kami setadi la sama sama walaupun aku lah orang yang paling awal tido. hehehehehe.

esoknya, semua orang bangun lambat! subuh kami tah ke mana tah. hahaha. dan tengoklah apa jadi dengan bilik kami...





cantik kan? penuh dengan nota nota bio. kalao tak score jugak tak tau lah macam mana kan? hihiihi. 

esok, chemistry. tapi sampai sekarang ni tak sentuh lagi nota chemistry tuhh. nampak nya malam ni kena stay up lagi lah kan?  ahahahha.

sampai sini je entri kali ni. tujuan sebenar aku menulis entri ini hanyalah untuk menunjukkan keadaan bilik yang bersepah sahaja.tak ada tujuan laen. ahahaha.

doakan kecemerlangan kami yaa?
t e r i m a k a s i h.
j u m p a l a g i.

1 comment:

arina ahmad said...

heh~ cafe ape kuang asam tak berniaga... kau kena saman dorang?