Persepsi ku, duduk di Shah Alam, akan mendekatkan aku lagi dengan keluargaku, rakan2 lama ku. Tapi kepastiannya? Aku pon takde idea.
Aku sangat bersyukur kerana ditakdirkan untuk mengenali Bong, Anna, Zee, dan semua housemate ku di S.Alam. Setelah sekian lama ku menjalani hari hari yang perit, yang tiada sinar kebahagiaan, akhirnya, selepas mengenali mereka, aku berubah dari hari ke hari. Mereka membuatkan aku terlupa tentang semua yang tak boleh ku telan. Mereka membawa kebahagiaan di dalam hidupku. Mereka mengembalikan senyuman di wajahku. Selama aku hidup disini, tak kan pernah ada hari yang aku tidak ketawa, tidak terhibur dengan mereka. Wah, aku sendiri terlupa bila kali terakhir aku merasakan bahagia begini.
Tapi, kata orang, yang indah itu hanya sementara. Genap seminggu aku mengenali mereka, Bong dan Zee terpaksa pulang ke Sabah kerana sebab mereka yang tersendiri.
Setibanya hari Sabtu, aku menjadi sebak. Disaat mereka berbual dengan Bong, Anna dan Zee, aku tiba tiba menjauhkan diri. Aku takut. Aku takut dengan airmata yang akan mengalir. Aku takutkan kesedihan yang akan ku alami tanpa mereka. Aku takut dengan diriku sendiri.
Sampai la satu ketika, bong sendiri yang datang ke bilik kami. Dan nyata, aku tewas dengan perasaan aku sendiri. Sungguh aku sedih dengan perpisahan ini. Sebak. Pedih. dan Pilu. Pada mula nya aku tak mahu menghantar bong ke Airport, lagi pedih sangkaku. Tapi selepas mendengar ajakan dari Anna dan Zee, aku pun akur.
Disana, aku menghantar Bong dengan sebuah senyuman. Amanat Bong padaku, akanku jadikan penguat ku. Ianya suatu perpisahan yang pedih tetapi harus juga ku tempuh.
Walaupon perkenalan kami singkat, hatiku sudahpun tertaut dengan mereka. Janjiku, akan ku pergi tanah tumpah darah mereka sehabis pengajianku nanti, In Sha Allah.
Semoga aku dipertemukan kembali dengan mereka kelak. Untuk sekarang, cukup lah sekadar mereka ada menemani ku di alam maya.
Mari, teruskan misi.
"It doesnt matter which path that u choose to walk, what does matter is your will and commitment in the path that you choose" -Zee
2 comments:
Im gonna reply this entry. (:
Terlalu sayang untuk tinggalkan yang manis. Terlalu.
Kalau sayang, tangan-tangan kan. ingat lagi tak ? hehehe
Post a Comment