Akhirnya, aku perlu meredhakan keputusan ini. Mungkin kita tidak dapat bersama di hayat ini. Tapi semoga kita disatukan di alam lain.
Allah itu mengetahui apa yang baik dan buruk buatku. Mungkin ianya satu perkara yang sangat menyakitkan tetapi segala yang berlaku mesti ada hikmahnya. Hanya aku sahaja yang tak sedar. Menangis pun tidak berguna. Tidak akan ada perubahan jika aku berterusan menjadi lemah. Yang akan berubah, jika aku kuat. Ya, aku wanita kuat dan tabah. Aku boleh hidup tanpa kau sebagaimana aku hidup sebelum ini. Sayang itu tak mungkin hilang, tetapi kata orang, kerana sayang lah kita biarkan mereka terbang jauh. Kerana sayang juga lah, akan ku turutkan kehendakmu. Ketahuilah ini, aku sentiasa menantimu, menyokongmu dan mendoakan mu selamat dan bahagia dgn kehidupan mu. Izinkan aku menyimpan segala memori kita di dalam simpanan mindaku. Izinkan aku mengukir namamu dihatiku untuk hayat ini.
Harapanku, agar kau sentiasa mengingatiku dlm doa mu.
Pintaku darimu, halalkan apa yang telah ku cerna. Maafkan segala dosaku.
Terima kasih buat segalanya, kawan terbaikku.
"Soulmates will test your limit but they will never be together."
No comments:
Post a Comment