Siapa kata dok Universiti ni senang???? Meh sini jumpa aku! Aku nak tawu tang mana yang senang nyaaa...~
Makan pon kena carik sendiri taw, tak carik.. alamatnya x makan la korangggg...
Seperti yang semua orang sedia maklum, daripada isnin sampaiii lah hari kames.. klas aku FULL. dari pkol 8 pagi tuhhh sampai lah 7malam.. macam orang kerja lahhh..! yang beza nya cuma aku ni takde kereta, aku ni pejalan kaki sahajaa.. Tambah tambah hari isnin.. Makan pon xdan..
Nak dijadikan cerita.. Seperti biasa lah hari isnin aku bangun pagi gosok gigi cuci muka mandi.. sesudah tuh aku pakai la baju formal ku (a.k.a baju kurung) dan sikat rambut dengan rapi... dah siap2 semua, aku p la kluaq nak p klas.. elok elok je aku jejak kan kaki kat lua, hujan turun dengan meriah nyaaa.... Ahhh, perkara biasa je hujan cengginiiii, pikirku. Aku pon dok raba raba lah 'beg sekolah' aku, carik payonggggg.. Ada pon! Sapa kata gentleman tak bawak payonnggg?? hahahaa. okeh. okeh, So dengan gaya, mutu , keunggulannya aku pon dudoklah di bus stop tuh tunggu bas, bas sampai.. apa lagiii.. serbu lahhhh! Tengah2 syok dok dalam bas, kami tengok kat lua tingkapp.. ohhh, hujan ni makin lama makin sayang kat kitorang lahhhh.. makin meriah pulak die turun.. macam ada kenduri kendara pulak kan.. Memandangkan bas yang kami naek memang tak lalu kat fakulti kami, kami pon cakap kat pakcik bas tuh, mintak tolong berenti dekat depan fakulti..sebab kami pakai baju kurunggg.. takkan lah nak kami redah hujan dgn memakai baju kurung kot?? Pakcik bas itu tanpa berfikir panjang berkata" InsyaAllah" kat kami. Pada kami perkataan itu seolah olah janji yang diberikan oleh pakcik bas itu untuk menjamin keselamatan kami..(??) Tapi, TERBUKTI pakcik bas tu Ta Ya Pa Wau! ditinggalkan kami di tepi simpang seperti biasa.. Terpaksalah kami jalan kaki membawa payung konvoi ramai ramai p klas pagi tuhhh.. Banyak halangan, rintangan dan cabaran kami tempuhi . Jalan tang ni, banjir.. Jalan tang tuu, basah.. Masa ni lah aku menyesal tak pakai kasut banjir akuuu. Tapi elok jugak,kasot tuh lawa, rosak nanti aku jugaa yang menangess... sedang kami berjalan menempuh onak duri dan lautan api tuh(ayat nak hiperbola jeee), ada la manusia yang membawa kereta dok lalu, aku tak kesah kalaw mereka nak lalu je. tapi yang aku marah sangat nih, ada la satu kereta ni.. dia dah nampak kami berjalan beramai ramai kat tepi tuh, boleh pulak dia lalu kat tempat banyak air dan menyimbahhhhh air itu kat kamii.. YESSS! TAHNIAH! Anda telah berjaya mengkuyupkan kami~ Masa tuh aku marah bukan kepalangg... Naseb baek aku tak nampak nombor plat kereta tuh.. kalaw tak, alamatnya body kereta tuh aku buat kontezz gores & menang nanti... tapi takpa, life must go on! kami pon teroskan perjalanan kami . Masa ni ada payong pon tak ada guna, takat nak lindung kepalaaa ja.. Dengan sobsobsobnya kami mendaki bukit dan sampai ke fakulti .. Sampai je kat sana, aku lah orang yang paling semangat dok perah baju kurung aku, kasot aku hari ni aku pakai kasot baldu.. memang perfect lah! tak payah basoh kasot, teros jemur je. haha. Aku tengok buku dalam beg, LENCUN! tapi naseb baek lah harini akupakai beg sekolah kanak kanak aku tuh.. takde lah terok sangat lencunnyaa.. apape pon, kesian kat buku aku itu, penat aku carik duit invest kat diaa.
Selesai sesi perah memerah, kami pon p la masok kelasss...Tiru homework n stadii..(iye iye jeee) tapi aku tak dapat fokus. Suasana sangat sejuk menggigilkan dan sangat tak selesa. Perot pon sudah mendendangkan lagu rindu menyatakan ianya sudah rindu untuk di isi... Abes je klas tuh, aku dan konco koncoku mengambil keputusan untuk balek ke kolej kami nun jauh di sana dan menukar pakaian. Ni first time aku tukar baju sepantas kilat. oh, tukar kasot skali, daripada kasot baldu makcik sapu teros TRANSFORM jadi cinderellaaaaa...Tak penah penah aku tukar baju ala ala model kat fashion show, pantas seehh.. Maklumlah, nak keja bas punya pasal.. takmo lah jalan kaki lagiii. penat!!
Aku tak pegi kelas. Aku jahat. Aku p buat ptptn pulak , dengan harapan aku akan habes cepat dan aku boleh masok kelas. tapi, nyata aku silap. Untuk buat ptptn tuh, 5JAM aku tunggu. 4JAM aku habeskan untuk berator dan buat silap dan berator dan buat silap dan beratorrr lagi. Manakala 30 minit aku habeskan untuk berlari lari melompat baangunan untuk menyetelkan hal berkenaan dgn ptptn itu. Dan lagi 30minit aku habeskan dengan menunggu giliran dan mendengar ceramah free dari makcik staff yang sangat bising kat HEMA tuh,
sangkaku, sampai kaunter, semuanya akan okeh. Tapi.. sampai je kaunter, duniaku gelap gelita, tonggang tebalik! Aku kena marah, kena tengkingoleh skali DUA pegawai ptptn tuh. Rasa macam nak sobsob je kat situ tapi aku hanya mampu terkedu sambil memegang pen dan menyumpah nyumpah mereka di dalam hati sahajaaa. Dan akhirnya, aku lulus BERSYARAT. kawan aku lulus je. aku punya bersyarat sebab kat surat tawaran UTM tuh dia tulis kos aku Komputer Industri.. tapi kat ptptn tuh dia tulis Perkomputeran Industri.
ceh! aku panas betol lah harini!. habes tuh dalam pkol 3 lebih gitu, kami pon berlari lah pegi kelass.First time aku ponteng klas 4jam direct..
kami masok klas programming, tu pon 15 minit yang terakhir.. habes je klas kena interview dengan PM..(bukan perdana menteri, tapi prof madya..) tapi naseb baek PM tuh understanding orangnyaa, dilepaskan lah kami dari punishments. kami pon tuka lab, p klas IT pulak.. oh seksanya 2 jam dok dlm aircond.. baru aku ingat, aku tak makan lagi dari semalam... so, lepas je klas tuh.. pkol 7 ,kami pegi makan kat meranti tu haaa. makan makan makan, aku tanggal lah jam, tarok atas meja.. niatnya nak semayang kat situ tapi pikir balek, baek aku bale bilek je, lagi slesa.. aku pon cakap kat kawaan aku tuh ajak balek bilek.. dia setuju.. kami pon dengan gembira nya bejalan pulang ke kolej... dah 10 minit berjalan, lagi sejengkal kura kura je nak sampai kolej, baru aku teringat kat jam aku tuh! OMIGOSHHHH! aku tertinggal jam kat atas mejaa!!!!!~ tulah, excited sgt nak balek bilek, sampai jam pon terlupa. kami pon patah balek pegi meranti.. carik jam kat meja yang kami duduk tadi. e eh, dah ade orang lah kat situ, aku tanyan orang tu ada nampak jam aku ke dakk. dia kata tad ade. aku pon dudok di kerusi tempat kawan aku tunggu aku tuh dan sobsobsob disitu. memang dah tak boleh tahan dah air mata tuh. aku begitu sayang cinta mati kat jam tu sebab jam tu abang aku bagi kat aku setahun lepas.. dia beli masa dia kerja kat dubai aritu.. Sedang aku menanges, lelaki tadi yang duduk kat tempat makan kitorang tu panggil aku.. dia pegang jam.. dia tanya tu jam aku ke? Aku pon mengangguk angguk macam nak putus urat kepala aku dan sobsob menerima kasih kepada nyaa...malu betol lah ika nih! dan aku lihat dia berlalu pegi.. dalam hatiku gembiranya tak terkata hanya tuhan sahaja yang tauu.. dan dengan hati yang berbunga bunga cinta misha omar itu aku dan kawan ku pulang ke bilekk..
selesai mandi dan tukar baju, kami kena pegi DSI pulak.. niat di hati tak maw pegi, penat. tapi di gagahkan juga diriku untuk pergi.. ATTENDANCE IS COMPULSORY!, bak kata Mdm Hafilah. aku dan kawan ku yang tadi teman aku tuh jalan la ke DSI. dekat je, tak jaoh.. tapi sesat jugak lahh nak jalan.aku bawak laptop, buleh online nanti.. bosan bosan. sampai je kat DSI kami memula kan projek online beramai ramai.. aku keluar kan laptop. Baru aku Sedar yang aku tak bawak bateri. hahahahaha! sangat sia sia je aku bawak. buat berat beg je. CEH! aku pon dudok la tgk orang debattt.. Oh, sungguh panas ye topik itu. tapi aku tak paham. politik, aku tak sukaa. Sedang aku memandang dan memandang, aku ternamapk orang ramai ramai minom cendol. aku pon pandang lah si Fad dengan mata yang lawa meminta dia ambekkan cendol untok aku. Fad lawa. Terima kasih! Sayang kawwwww!~ dan pukol 10 kami berjalan balek.
sampai bilek, aku rehat kejap. tapi pukol 11 tuh aku kena pegi bilek sesengal sesungut dan seleder untok menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok yang tidak di usik lagi.. si yana terpaksa tidor kerana saket perot dan si diana tolong aku siket2 je. aku lah yang kena bersengkang mata buat semua menda tuh.. last last aku letih sangat ade 1 mukasurat tuh aku copy paste dari internet je. plagiarism. mati aku kalaw abang Alex check guna TurnItIn tuh. hahhaahaa. tapi alhamdullillah siap juga assignment aku malam tuh jugak.
aku balek bilek, dan kemas2 buku. dan akhirnya.. aku dapat jugak tidur dengan nyenyak nya jadi sleeping beautyyy...
oh, gara gara hari yang begitu, kaki aku banyak mengalami kecederaan disebabkan berlari memakai wedges. Boleh mati kalaw uat hari hari... Tolonglah jangan jadi seperti aku, cuai dan mengada.
*yeess! laptopku dijajahi virus. semua gamba takboleh nak bukak. terima kasih virus!
1 comment:
Post a Comment